advert

Jan 19, 2008

ayah...& paip pecah...

Smlm, ibu dpt call dr ayah… ayah kata ade paip pecah kat area klang gate or setapak, so ayah kene standby kat sana… uwaa… ibu tension sgt sbb ini tandanya ayah akan balik lewat.. huhu.. so, ayah pesan suruh ibu stay kat rumah rumah tok mama & tok abah, makan & mandi kt situ dulu, means ibu x payah masak…


Dari kul 8, masuk kul 9, toleh jam lg da pukul 10, twins da start nk tido.. kul 11 dua2 da terbonkang tido.. masuk kul 12, ayah still x muncul.. for sure x balik smpai esok pagi.. argh.. tension.. masuk kul 1, ibu terus tido… so, mlm td, ibu & twins menumpang tido kat umah tok abah..


Pg td bangun, tgk ayah still x balik lg.. bile call, ayah kt still kt tmpat paip pecah, dia ckp jgn risau sbb mkn kat sini ade sponsored.. hmm… ye la tu….
Sblum pi keje, ibu uruskan twins dulu, mandikan diorang.. sblum tu balik rumah kejap, ambik baju2 twins sbb smlm dtg sehelai sepinggan, igatkn ayah akan balik paling lewat kul 10…
Lepas siap mandi, twins terus tido… ibu pun pi la keje…

Paip pecah punca banjir

Oleh Nor Azma Laila

KUALA LUMPUR: Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini dinaiki air kira-kira satu meter akibat paip utama Empangan Klang Gate pecah apabila tembok bagi pembinaan Lebuh Raya Damansara-Ulu Klang (Duke) runtuh, petang semalam. Kejadian jam 5.30 petang itu turut menyebabkan penghuni bergegas mengalihkan kenderaan bagi mengelak daripada ditenggelami.

Sebahagian penduduk di situ cemas dan terkejut apabila kawasan perumahan berkenaan tiba-tiba dinaiki air. Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang, Zulkifli Mohd Nor, berkata paip empangan berkenaan bocor akibat dihempap dinding konkrit setinggi dua meter yang dibina bagi projek lebuh raya berkenaan. "Dinding konkrit itu tumbang lalu menghempap paip berdekatan kira-kira 100 meter dari kawasan kediaman itu. Tiga blok iaitu C, D dan J yang paling dekat dengan kawasan projek terjejas teruk dinaiki air," katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang melawat tempat kejadian, berkata pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sudah mengambil langkah awal dengan menutup empangan berkenaan untuk sementara waktu. "Kita sedang meneliti sebarang kerosakan harta benda penduduk termasuk kenderaan yang diletak di kawasan ini. "Setakat ini tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda dilaporkan berikutan semua rumah berada di kedudukan tinggi." katanya. Beliau berkata, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sudah mengawal keadaan dan meneliti sebarang kerosakan atau kecederaan penduduk. Sementara itu, jurucakap Syabas berkata, penutupan paip hanya sementara sehingga kerja penyelenggaraan selesai



No comments:

Post a Comment

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!