advert

Oct 17, 2013

Dayana & Acute Appendicitis

::Bismillah::

utk pengetahuan semua sy & dayana beraya haji di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.. suami pula beraya smbil berulang-alik pekan kuantan.. dayini & nasuha pula beraya dgn tok mak, tok ayah & yg lain2 di rumah tok mak...

al kisah..

14 oct 2013 (isnin)

10 pagi - 2 ptg, dayana mengadu sakit perut, sy ajak dia tidur dlm bilik.. kemudian sy tny lagi, sakit perut nk buang air besar ke. dia ckp, tak.. time ni sy expect dia kembung.. time ni jugak dia x nk join aktiviti dgn dayini, nasuha & cousins dia yg lain.. kalau x sebelum ni mereka semua syik berlari dan berkejaran, riuh dibuatnya

2ptg-5ptg, dayana start muntah 3-4 kali.. setiap kali sy beri mkn (sbb sy syak kembung) dia pasti muntah balik smpai nk angkat kepala pun da x larat.. smpai jd lembik dan pucat

5ptg, sy dan suami terus keluar mencari klinik yg berdekatan.. malangnya tiada satu pun yg buka.. smpailah kami ke hospital pekan..

suami: mcm mane ni? nk pi klinik ke hospital?
saya: kite tgk hospital dulu, kalau x de org, terus masuk hospital je
suami: ok jugak, sbb alang2 da lalu.. nk carik klinik lain kene masuk Bandar pekan, jauh skit lg..

kebetulan, org mmg x de, terus kami ke emergency.. selepas di periksa oleh MA di situ termasuklah ujian fizikal, semasa di rumah, badan dayana x panas pun (x demam), tiba di hospital, dia demam pula.. terus dayana di tahan di wad kecemasan, masuk air, check darah n check air kencing.. sbb ade dua kemungkinan, kencing kotor atau appendix sbb bila MA & doc tekan bhgn bwh kanan, dayana mengadu sakit di situ shj..

7 mlm, keputusan diterima.. tiada kencing kotor tetapi, abnormal pd kandungan darah putih (ada virus)

doc di hospital pekan ckp, kemungkinan Acute Appendicitis, sbb ade tiga symptom, sakit perut diikuti dgn muntah kemudian demam.. kandungan darah putih memberitahu yg terdapat jangkitan pd appendix yg menyebabkan radang appendix (Acute Appendicitis).. mereka akan refer dayana ke Hospital Kuantan utk pemeriksaan pakar..

ketika menunggu keputusan air kencing dan darah di wad kecemasan hospital pekan
8.30mlm, tiba di hospital kuantan.. doctor 1 masih x nk confirmkan Acute Appendicitis sbb nk tggu pakar,

9.30mlm, doctor 2 dtg check.. juga x nak confirmkn Acute Appendicitis, sbb dia ckp kadang2 budak2 mudah dijangkiti virus pd bhgn perut tersebut itupun sekiranya kanak2 tersebut batuk & selsema.. tp dalam kes dayana, dia tidak batuk dan tidak selsema langsung..

10.30mlm, doctor pakar dan doctor2 yg lain (ade la dlm 4-5 org doctor) tiba utk check dayana.. akhirnya keputusan diambil.. dayana perlu di operate utk membuang appendix akibat radang appendix (Acute Appendicitis)

perasaan sy ketika itu bercampur baur
1- rasa mcm nak marah & bangkang keputusan semua doctor2 yg ade time tu, ckp anak sy hny sakit perut biasa
2- rasa sedih sbb terkenangkan dayana yg hny berumur 6 thn akan dibedah
3- rasa mcm x de rasa ape2 dah...

dengan rasa yg no3 tu, sy sign borang persetujuan utk pembedahan..

11.30mlm dayana dibw ke bilik bedah.. sy hny beri dia semangat utk melawan segala jenis sakit.. yg penting sy ckp dengan dia selalu sebut Allah dlm hati dan ingat ibu & ayah syg sgt dgn nana..

di wad surgical pead 5A.. sebelum operation


15 oct 2013 (selasa)

1.00pg, dayana selamat dibedah..

8.00 pagi.. selepas pembedahan

16 oct 2013 (rabu)

10.30pg, discharge dan pulang kerumah tok mak di pekan..

9.30 mlm bertolak pulang dr pekan ke kuala lumpur

apa yg ingin sy kongsikan di sini ialah, setiap yg berlaku, adalah jalan yang terbaik Allah berikan kepada kita.. contoh, semasa sy dan suami buat decision samada membawa dayana ke klinik or hospital... apa yg berlaku sekiranya kami ke klinik? mungkin doc hny kata sakit perut biasa atau kencing kotor.. jadi, petunjuk Allah telah membawa sy dan suami utk menghantar dayana terus ke Hospital Pekan..

kisah lain ttg beza pendapat klinik biasa dan hospital ttg sakit perut http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2010/01/appendix.html

maklumat lanjut ttg acute appendicitis
http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/appendicitis.html
http://mycolumbiaasia.blogspot.com/2011/02/penyakit-apendiks-akut-acute.html

peringatan kepada ibubapa yg lain termasuk diri sy dan suami.. sekiranya anak mengalami sakit perut, diikuti dgn muntah dan demam.. terus bawa anak ke hospital utk pemeriksaan lanjut.. kerana Kanak-kanak akan lebih cenderung mengalami apendiks yang pecah daripada orang dewasa.  Disebabkan kanak-kanak tidak selalunya menghidap simptom-simptom biasa apendisitis, ibubapa mungkin akan lengah untuk mendapatkan rawatan.  Atas sebab itu, adalah dinasihatkan agar ibubapa tidak mengambil sikap acuh tak acuh jika anda atau mana-mana anggota keluarga mengalami kesakitan di bahagian abdomen.  Walaupun jika anda mengesyaki ‘sakit perut’ itu tidak serius, sila hubungi doktor anda untuk memastikannya. sumber

p/s: aidil adha thn ini merupakan hari yg paling bermakna buat sy dan suami kerana kami berdua sgt2 merasai nikmat pengorbanan itu.. terima kasih kepada semua DOCTOR, MA, NURSE, STAFF Hospital Pekan dan Hospital Kuantan.. terima kasih juga kepada tok mak, tok ayah, biras 1 elisa, biras 2 kak eja, abg2 ipar & adik2 ipar terutama izah kerana menjaga nasuha dan dayini semasa sy di hospital dan suami sibuk berulang alik pekan-kuantan.. terima kasih juga kepada tok ma, tok abah dan adik2 saya terutama eka kerana sudi menyediakan tempat dan menjaga dayana sepanjang sy dan suami bekerja...

2 comments:

  1. alahai kesiannya..moga cpt sembuh ye syg...2lh trkdg kita sakit lain ttp dpt ubat lain......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!