advert

Oct 14, 2013

pemakanan sunnah...

::Bismillah::

esok, seluruh ummat islam menyambut aidiladha dan lebih dikenali dgn hari raya korban.. seperti yg semua maklum, pengorbanan bukan bermaksud korban harta sahaja tp juga setiap pengorbanan yang kita lakukan di jalan Allah.. insyaallah, jika setiap yg kita lakukan itu niatnya kerana Allah, pengorbanan itu tidak akan sia2..

kalau cerita pasal hari raya korban, sudah pasti terbayang2 kambing, lembu, kerbau tumbang dan mcm2 hidangan berasakan daging akan dimasak sehinggalah daging2 korban ini habis.. bila cerita pasal daging, terbayang pula kita dengan lemak dan kolestrol yang tinggi yang terdapat dalam daging, oleh itu penghidap darah tinggi pasti terpaksa mengawal pengambilan daging .. org2 yg bukan menghidap pun pasti risau dengan akibat jika overdose daging..

itu adalah set induksi utk entry kali ini. apa kaitan daging  dgn tajuk entry ni?? setiap dari kita mesti ade consume vitamin atau makanan tambahan spt vitamin C, B-complex, EPO, Collagen, Shaklee dan sebagainya.. mmg mcm2 la produk makanan tambahan sekarang ni.. semuanya kerana pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubat".. apa pun yg kita makan dan amalkan yg penting pemakanan kita setiap hari hendaklah lebih kepada beserdahana..

untuk pengetahuan semua, sy dan suami bukanlah pemakan makanan tambahan yang tegar, means kami x de mengamalkan apa2 makanan tambahan, begitu juga dengan anak2, kami jrg beri anak2 mkanan tambahan.. bukan sebab rasa diri terlalu sihat.. tp setakat ni Alhamdulillah, kami sekeluarga belum lagi (insyaallah, tidak akan) diserang penyakit2 kronik.. setakat demam dan selsema itu biasalah, itu pun jarang.. kami hanya mengamalkan makanan secara sederhana yang penting berkhasiat dan mengamalkan minum air yg dimasak dan tidak minum air sejuk (rumah kami tidak ada simpanan air sejuk di peti) dan kami sgt jrg minum air manis.. hanya ketika tetamu bertandang shj kami akan hidangkan air manis... itu cara kami.. lain org lain pula caranya, bak kata pepatah "lain dulang lain kaki, lain org lain hati"

bila usia sy dan suami menjejak ke 30an ni.. terbit pula niat utk mengamalkan pemakanan sunnah yg mempunyai 1001 khasiat yg kita tidak terfikir..



Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 
 
boleh juga google khasiat minyak zaitun ye..

jadi, atas nasihat biras sy dimana dia dan abg ipar sy mengamalkan olive oil extra virgin setiap pagi, sy dan suami juga mencuba.. tp sy tidak tahan dengan rasanya, tidaklah smpai menyebabkan rasa muntah, tp perit jugak la.. hehe.. jd sy pun cariklah kapsul minyak zaitun utk diamalkan.. akhirnya sy jumpalah produk minsyam ini.. disebabkan sahabat dpli sy yg menjualnya, maka urusan pembelian dimudahkan..

untuk melengkapkan lagi minyak zaitun ni, sy mkn juga dgn satu lg pemakanan sunnah iaitu habbatuss sauda' atau lebih dikenali sbg jintan hitam.. habbatussauda' merupakan penawar segala penyakit kecuali mati.. yg penting mesti yakin dengan apa yang diamalkan dan niatkan untuk penyembuhan penyakit yang dialami kerana setiap penyakit itu dtgnya dari Allah, dan kembalinya juga kepada Allah.. jadi niat kita juga hendaklah kerana Allah...


adik ipar sy juga ada mengamalkan kapsul serbuk habbatussauda yg ini..


dan hasilnya juga tidak mengecewakan.. membuang toksin dalam badan dan melawaskan.. perut juga menjadi ringan..

utk khasiat habbatussauda', blh carik juga di google ye..

utk pengetahuan semua, kapsul serbuk dan minyak habbatussauda' ini, kedua2nya mempunyai khasiat yg sama, tidak ada beza..

jadi di hari raya korban ni, bila da bnyk2 mkn daging tu, blh la diamalkan pemakanan sunnah ini untuk menstabilkan kolestrol dlm bdn kita.. insyaallah...

sy bukan penjual produk2 tersebut.. kalau berminat dgn produk minsyam bolehlah tgk di facebook ini... dan utk kapsul serbuk habbatussauda', blh ke website ini

No comments:

Post a Comment

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!