advert

May 12, 2009

Bonda’s Day Contest @ SARAKIDS

::Bismillah::



kali ni iBu nk try contest sempena hari iBu kt sarakids

BAGI PEMBACA BLOG SETIA MUMMY SARA & SYASYA

Anda juga berpeluang menyertai peraduan ini.
Syarat2 Penyertaan:
1) Copy paste banner di atas dan link semula ke blog Mummy sara & syasya dan ceritakan pengalaman anda menjadi seorang ibu dan juga anak kepada ibu anda. Credit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan/breastfeeding”.
Hadiah adalah terhad kepada 10 penyertaan esei terbaik
2) Semua penyertaan adalah bermula pada 1hb Mei 2009 dan tamat pada 5 Jun 2009
3) Keputusan adalah muktamad dan terima kasih atas penyertaan anda.
4) Cara-caranya: Anda boleh tinggalkan komen di entry ini beserta link ke blog anda, dan anda boleh meneruskan penceritaan/esei di blog masing2.

ini adalah pengalaman iBu:


sy merupakan seorg ibu kepada 3 org puteri kecil. anak pertama saya adalah kembar seiras yg bernama Dayini & Dayana yg telah pun berumur 2 thn ++. bayi yg ketiga sy juga seorg puteri yg bernama Nasuha yg baru berusia 6 bln ++...

pengalamn pertama kali menjadi seorg ibu tentunya adalah pengalaman yg paling berharga dlm diri setiap ibu2... begitu juga sy, sy dan suami mmg teruja bila mendapat tahu sy hamil ketika usia perkahwinan kami baru menginjak 2 bulan... sepertimana ibu2 yg lain, sy juga mengalami morning sickness pada tahap sederhana sbb x teruk sgt & x la x de langsung... sy masih boleh memandu dr shah alam ke ampang setiap hari utk pergi kerja w/pun pagi tu muntah dgn teruk ketika mandi... ketika itu sy mengharungi hari2 biasa seperti ibu2 mengandung yg lain.. memandu pegi kerja & turun naik tangga ke level3 setiap hari adalah rutin sy ketika mengandungkan si kembar.. untuk pengetahuan semua, sy dan suami langsung tidak mengetahui yg sy menggandungkn anak kemabar sepanjang kehamilan sy, w/pun kami telah beberapa kali melakukan scan seawal usia kandungan 3 bulan.. ajaib kan?? itulah kuasa Allah yg telah memberi kami 'surprise' di saat terakhir... sy di masukkan wad seawal usia kandungan 31 mggu disbbkn darah tinggi yg x berapa tinggi dan juga ukuran perut sy yg melebihi drpd minggu kandungan... ketika dimasukkan kedlm wad itulah kami sekeluarga baru mendpat tahu yg sy mengandung kembar setelah doktor di HKL melakukan detail scan.. menurut mereka sy telah mengalami kontraksi awal, tetapi yg peliknya, sy tidak sakit, sy cume mengalami sakit pinggang yg biasa yg bagi sy hnylah kerana perut yg semakin mmbesar... setelah 3 hari didalam wad, air ketuban sy pecah dgn sendirinya & sy mula mengalami kontraksi yg kuat & tanpa melengahkan masa doktor pun segera melakukan operation kerana sy mmg tidak blh melahirkan kembar sy secara normal disbbkn kembar sy berada slm 1 karung... tepat pukul 10.10 minit pg pada 5 april 2007, lahirlah bayi kembar pertama sy dgn berat 1.6kg, selang seminit selepas itu doctor berjaya mengeluarkan bayi kembar kedua sydgn berat 1.8kg... maka bermulalah episod sy menjadi seorg ibu kepada 2 org bayi kembar permpuan...

disbbkn bayi sy merupakan bayi pramatang.. mereka telah di letakkan kan NICU HKL dan sy tidak dpt direct feeding mereka seawal satu jam pertama kelahiran mereka, menatap wajah mereka pun hny lah beberapa saat shj... keesokan harinya, barulah sy dpt menatap wajah mereka di NICU.. tp sy tidak blh menyusukan mereka lg & sy diarahkan utk mmbuat stok susu utk bayi2 sy... mmg perit utk sy mengepam buat pertama kali sbb susu sy langsung tidak keluar.. hny beberapa titik shj.. mujur nurse di NICU itu terima susu sy yg tidak seberapa itu.. entah mengapa, pertama kali mengepam susu mnyebabkan sy jadik tidak bermaya, muka sy jadi pucat & sy hampir pitam sehingga nurse di NICU membawa sy pulang ke wad menggunakan kerusi roda... mungkin juga masalah kurang darah ketika hamil menyebabkan sy jadi begitu.. tp itu tidak mematahkan semngat sy utk kembali pam susu setelah 3 jam berehat di katil... setiap 3 jam sy akan turun pam.. tp hasilnya masih menyedihkan, sbb kadang2 susu mmg x keluarlangsung... hari ke 3, breast sy mula membengkak, alhamdulillah sy dpt menghasilkan 2 oz.. w/pun hny sedikit, sy tetap mengepam setiap 3 jam utk membuat stock... begitulah rutin sy di dlm wad..

hari ke 5, sy telah dibenarkan pulang, tetapi bayi2 sy masih lg di wad berasingan, dan mereka tidak dibenarkan pulang.. tp sy tetap juga membekalkan stock susu ke hospital, suami akan ke hospital setiap hari utk mengahntar susu di samping memberi kabar keadaan kembar kami.. setiap hari nurse akan call mengatakan yg susu kekurang... sy akui, ketika itu sy tidak dpt menghasilkan susu dgn bnyk, mungkin kerana sy menggunakan pam yg murah ataupun sbb tak dpt direct feeding dr bayi2 sy...

hari ke 7, sy dibenarkan menetap di wad kanak2 bersama2 dgn bayi2 kembar sy.. bermulalah hari dimana sy menjaga mereka sepenuh masa... di hari itu juga, sy diajar bagaimana BF bayi pramatang.. rupanya bukan mudah seperti yg sy sangkakan selama ini.. sy ingat bile bayi sy bersama2 dgn sy, sy blh menyusukan mereka tnpa memerah susu.. tp jangkaan sy meleset kerana kedua2 bayi kembar sy langsung tidak tahu menghisap.. sedih dibuatnya, hampir sy berputus asa setiap kali cuba direct BF mereka... setiap hari didlm wad KK tu, sy hny mampu memerah dan memberi mereka minum menggunakan picagari.. lebih mnyebabkan sy down, apabila bayi2 sy terlalu bnyk tido sehingga menyebbkan mereka kurang menyusu dan akhirnya, berat mereka susut & menyebabkan production susu sy semakin mengurang... setelah melihat berat bayi susut, doctor telah menasihatkan sy utk campur dgn FM yg telah dibekalkan oleh pihak hospital, sy mengalah, w/pun sedih, sy terpaksa akur... alhamdulillah, kembar sy telah semakin kerap menyusu & berat mereka naik sehingga membolehkan kami bertiga keluar dr wad setelah 2 mggu berkampung... setelah keluar, production semakin mengurang kerana kembar sy masih tidak tahu menghisap puting ibu, menyebabkan sy terpikir yg mereka ini mnegalami 'nipple confuse' sbb bile sua je botol, laju je diorg menghisap.. ini menyebabkan susu sy hny mampu bertahan sehingga 4 bulan sy, selepas itu, ianya kering dgn sendiri... sejak dari itu, sy berazam utk menyusukan bayi sy sepenuhnya sekiranya sy ditakdirkan mempunyai bayi lg, dan sy berdoa agak bayi sy seterusnya ini mampu menghisap puting ibunya ini dgn baik...

setelah twins kami berusia 10 bulan, sy disahkan mengandung lagi.. alhamdulillah, kami terima rezki ini dgn hati terbuka w/pun si kembar masih terlalu awal utk dpt adik... pada 28 october 2008 tepat jam 416 petang, sy telah selamat melahirkan bayi perempuan ketiga kami dgn berat 3.4 kg secara normal... alhamdulillah, akhirnya, dpt juga sy merasai perit seorg ibu melahirkan anaknya secara normal... kali ini, seawal 1/2 jam selepas melahirkan, nurse telah memberikan bayi sy itu utk disusukan... alhamdulillah, bayi sy itu sgt pandai mencari dan menghisap susu sy.. dgn itu, bermulalah episod sy sebagai seorg ibu yg menyusukan bayinya secara exclusize w/pun sy masih bekerja sepenuh masa... pengalaman menyusukan kembar menyebabkan sy dan suami membuat persediaan dgn membeli set breastpump madela yg lebih mahal drpd brestpump yg kami miliki ketika bersama kembar... sy juga bnyk belajar cara2 menyimpan EBM menerusi internet dan juga pembacaan buku2... alhamdulillah, sehingga kini nasuha masih fully BF.. sy sentiasa berdoa agar sy dpt BF nasuha sehingga umurnya mencecah 2 tahun, insyaAllah...

menjadi seorg ibu kepada 3 org puteri yg masih kecil diusia 26 thn mmg agak mencabar... kesabaran yg tinggi itu sgt penting.. ibu sy & juga ibu mertua sy merupakan contoh dan idola sy kerana mereka berdua pernah mengaharungi pahit getir membesarkan anak2 kecil yg jarak umurnya rapat2... alhamdulillah, dgn sokongan dan bantuan dari suami tercinta, kami masih meneruskan perjuangan membesarkan anak2 yg masih kecil dlm suasana yg bahagia & harmoni.. w/pun sy dan suami bergaji sederhana, tp kelengkapan utk anak2 dpt kami penuhi dgn mengorbankan segala kehendak yg tidak penting... semoga kebahagian sentiasa menjadi milik kami.. insyaallah...

5 comments:

  1. salam perkenalan..semoga kita terus menjadi ibu yang tabah,,...jemput komen di http://hannakids.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah best!syahdu je baca!
    aku pong nak masuk gak..da wat entry tapi tak post lagik..tunggu kompormasen dari incik somi dolu (wah2 perlu ke ty somi hehehe)

    ReplyDelete
  3. inspirasihana, insyaallah...

    munira, ala.. tnya je.. kalo x nnti dia kate ko derhaka plak.. haha..

    ReplyDelete
  4. salam Nurul..

    bertuah ibu muda yg sudah punya 3 anak... menarik citer pasal pregnant kan twin tu.... kejutan yg membahagiakan..

    ReplyDelete
  5. kak yong, alhamdulillah.. mmg satu kezutan yg menggembirakan

    ReplyDelete

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!