advert

Sep 30, 2013

KBAT vs KEBAB

::Bismillah::

dalam dunia pendidikan, istilah KBAT sgt popular.. KBAT ialah singkatan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dikenali juga sbg HOTS (High Oerder-Thinking).. 

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi. sumber
maklumat ini sekadar perkongsian ilmu yg tidak seberapa utk diri saya dan juga semua ibu bapa di luar sana.. sek di malaysia semuanya mengaplikasikan KBAT dlm setiap PdP dan juga penyediaan soalan memandangkan pelajar2 kini merupakan generasi Y yg kreatif dan kritis.. utk menajamkan lagi pemikiran mereka ini, KBAT sentiasa di aplikasikan oleh guru-guru...

semasa sy pergi kursus Pembangunan Profesionalime Berterusan (CPD) di melaka pada minggu lepas, dlm salah satu slot , fasilitator (terdiri daripada pensyarah2 IPG kampus Bahasa Melayu) bertanya "apakah yang dimaksudkan dgn KBAT, beri maksud dengan ayat sendiri".. salah seorang dari ahli kumpulan kami membuat lawak (sbb x nk sesi soaljwb terlalu serius), "lwn KBAT ialah KBAB" ayat dia sbg intro, kemudian dia meneruskan menjawab dgn jawapan yg logik dan  mudah difahami iaitu "KBAT = pemikiran luar dari kotak"

semasa sy membuat dinner mlm jumaat yg lepas, peristiwa semasa CPD itu menjadi flashback sehingga sy tersenyum sendirian, kenapa? kerana sy telah menyediakan KEBAB sbg hidangan dinner kami... hehe

bbq kebab + homemade sos tartar
punyalah panjang set induksi.. hehe.. ape yg penting pengisian ilmu utk kita semua dlm menangani anak2 di zaman serba moden ini... kreativiti anak2 kita juga hendaklah dikawal agar mereka bijak menggunakan kreativiti itu dijalan yang sepatutnya bukan menggunakannya dgn cara yg salah... yg penting, USAHA, DOA & TAWAKKAL merupakan senjata utama kita sbg ibu bapa... insyaallah...

p/s: utk pengetahuan semua, semua post sy buat sepanjang sy buat comeback di 2013 ini adalah di schedule with specific date n time.. maksudnya sy skrg bukan online sy buat 2-3 post serentak dan sy setkan post2 tersebut utk muncul setiap hari. kenapa? kerana sy mmg x ade masa utk update blog setiap hari.. jadi sy telah menggunakan teknik KBAT dlm menguruskan blog sy agar tidak bersawang.. hehe.. terima kasih kepada pencipta blog yg mencipta 'schedule' pd setting setiap post...

2 comments:

  1. wahhh... akhirnya rina dah buat comeback! kak iti suka3!!!

    baru tau apa tu KBAT..

    KEBAB tu mmg nampak yummy sangat2! sharelah camna nak buat sos tartar tu.

    ReplyDelete
  2. kak iti, ni pun x tahu berapa lama blh bertahan nk update selalu... mmg buat schedule post je ni..

    resepi blh tgk kt sini http://emandhearty.blogspot.com/2011/11/homemade-thousand-island-tartar-sauce.html tp sy ade adjust ikut kesukaan sendiri.. hehe..

    ReplyDelete

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!