advert

Aug 17, 2008

Dari sudut hati Ibu...

Bismillah

Ari ni ibu dpt email dr kawan sekolah ibu, email tu pendek je:


As'lamualaikum...dengar citer si kembar da nak beradik...tul ke?? he....aku
serkap jarang je nih....pluk cium kat kembar erk...bye..

Ibu tau, dia bukan serkap jrg, tp dia mungkin dpt tau dari kawan2 lama ibu jugak yg still keep in touch.. ibu x kesah pun kalo kisah ibu pregnant lg tersebar smpai ke serata alam sekali pun, yg penting ibu, ayah n anak2 ibu bahagia… cume ibu terkilan dgn pandangan sbhgian drpd kawan2 ibu, yg menganganp ibu n ayah terlalu cepat nk tmbah anak lg sorg, kebanyakan diorg menyalahkan kami berdua kerana tidak mengamalkn kaedah family planning.. mmg tidak dinafikan dgn keadaan semasa yg terdesak dgn taraf hidup yg meningkt, kebanyakan ibubapa muda seperti ibu n ayah semuanya mengamalkan family planning, x nk anak ramai2, x nk anak rapat2 sbb nk concentrate dgn yg 1st & mcm2 lagi commitment yg perlu dilunaskan sblm menambah anak lg..

Ibu & ayah juga pd awalnya mungkin sebahagian drpd golongan tersebut, tetapi setelah kelahiran Dayini & Dayana yg ibu n ayah aggap sebagai rezeki yg x terduga, kami terima dgn hati yg terbuka w/pun kami berdua bukan dr golongan yg berpendapatan tinggi, tp alhamdulillah, ayah berjaya mengawal kewangan keluarga kita dgn jayanya w/pun kite masih menyewa rumah & belum mmpu utk membeli sebuah rumah, tp ibu bersyukur sbb kite cukup makan n pakai n keperluan hidup kite lengkap w/pun hny berkereta kancil n berumah sewa yg kecil.. tidak lama selepas itu, ibu dikejutkan dgn kehadiran janin baru dlm rahim ibu di saat kembar ibu masih belajar bertatih..alhamdulillah… ayah menerima berita ini dgn gembira dan hati terbuka, x sedikit pun rasa tekanan dgn beban yg bertambah di wajah ayah, cume ibu masih belum bersedia.. alhamdulillah, dgn pujukan ayah, ibu akhirnya dpt terima setelah hampir seminggu berduka.. bukan dari segi kewangan yg ibu risaukan cume dr segi kesihatan yg ibu bimbangkan, kerana baru setahun ibu lahirkan twins dgn c-ser, ibu takut sekiranya ade ape2 effect kalo ibu pregnant dlm tempoh 2 tahun… ibu harap sgt2 semuanya selamat…

Akhirnya, jadilah kami sebuah keluarga yg agak besar dlm tempoh perkahwinan yg singkat.. ibu bersyukur kerana dikurniakan seorg suami yg sgt memahami n very supportive.. ibu juga berharap sgt2 agar anak2 ibu faham keadaan ibu dan ayah yg terpaksa membahagi kasih secara adil kepada semua anak2 ibu.. biarlah apa pun org diluar sana ckpkn.. yg penting skrg, ibu perlukan sokongan dari ayah untuk melahirkan bayi ketiga kami & sama2 membsarkan mereka ber3 dgn penuh kasih syg… biar kite kekurangan dr segi harta, agar kita kaya dgn kebahagiaan n kasih syg…

luv,
ibu...

No comments:

Post a Comment

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!