advert

Feb 24, 2009

Slumdog Millionaire

::Bismillah::

Last week one of iBu's colleague bgtau kat iBu ttg dis movie... she was soo excited mase citer ttg movie ni sbb dia Indian... bnyk kali dia suruh iBu tgk, siap nk bg pinjam cd lg, tp malangnya, actually, for the moment kitorg mmg x leh nk tgk cd sbb dvd kt umah rosak... biasalah, anak2 bertuah berdua (tWins) tu la yg kerjakan.. huhu.. mmg x leh nk tgk dvd la... tunggu la rezki masuk lebih skit, nnti kite beli baru k!.. hehe...

Yg nk dijadikkan citernye, biras iBu (kakak ipar kpd aYah) br je lepas antar email ttg movie ni jugak... ni email dia...

salams...
sajer nk share something ngan smua...
baru layan citer ni mlm tadi.. ;) n below is my comment:-
kisah ttg mamat yg menang dlm who want to be a millionare.org smua terkejut macam ner dia blh jawab smua soalan sampai menang (kalo tak silap dapat USD20m) walhal smua jawapan ada dalam sejarah kehidupan dia dr kecik sampai dia besar.
kisah mmg best giller cam citer THE CITY OF GOD.
tak der lagu2 jiwang, tak der guling2 atas bukit,gunung ganang ker...hehe..
kisah sebenar ttg kehidupan di India.
blh tgk gak cam ner la dorg leh hidup kat area sg gangga tue..dahsyat btl!
n mcm ner org miskin ditindas secukup2nya dgn erti kata lain money is everything n life is nothing!

slmt menonton..
Elisa

________________________________________________________
Oscar julang maruah India


Oleh MOHD. YUSMAN AWANG yusman.awang@kosmo.com.my


Keupayaan filem Slumdog Millionaire menggondol lapan Anugerah Oscar berjaya meruntuhkan benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.


BARANGKALI individu yang paling terkilan saat ini ialah Shah Rukh Khan. Ia berikutan kejayaan filem Slumdog Millionaire meraih majoriti kemenangan dengan menggondol lapan Oscar pada majlis Anugerah Academy ke-81, yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles kelmarin.


Aktor terkenal Bollywood itu sepatutnya melakonkan watak Prem Kumar, hos program Who Wants To Be a Millionaire? dalam Slumdog Millionaire tetapi dia nekad menolak tawaran berlakon filem itu kerana merasakan watak itu sebagai negatif.
IMPAK memilih cinta. A.R. Rahman menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan Oscar.


Begitu juga dengan aktor veteran tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan. Mungkin dia perlu menarik semula kenyataannya yang sebelum ini menyelar pengarah filem itu, Danny Boyle atas dakwaan menggambarkan India sebagai negara yang masih dibelenggu masalah kemiskinan.


Ini kerana mimpi dalam filem yang dikritiknya itu sudah menjadi kenyataan!"Hidup India! Hidup India!" Itulah antara butir kata-kata yang sempat dilontarkan Anil Kapoor yang merupakan seorang aktor terkenal Bollywood ketika ditemu bual hos terkenal, Ryan Seacrest untuk saluran E! Entertainment pada acara karpet merah majlis Oscar yang penuh gemilang dibanjiri nama-nama tersohor


Selain pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire terutama Rubina Ali dan Azharuddin Mohammed Ismail yang berjaya menarik perhatian ramai pada acara karpet merah Oscar kali ini, turut merasai bahang glamor bertaraf global itu sudah tentulah Anil.


Lebih bermakna lagi apabila Anil berpeluang melaungkan kata-kata penuh patriotik itu yang disaksikan secara langsung di seluruh dunia. Ini bermakna Anil sepertimana apa dan siapa juga yang berkaitan dengan Slumdog Millionaire kini secara rasminya sudah dikenali dunia!
Terima kasih kepada Shah Rukh kerana menolak watak Prem Kumar yang kemudian disambar Anil.
Bilakah lagi muncul peluang buat aktor Bollywood untuk muncul gah seumpama Anil pada Oscar di Hollywood?


Mungkin itu satu-satunya peluang keemasan dan peluang itu berjaya diperoleh Anil yang disebut oleh Ryan Seacrest dengan jolokan 'George Clooney Bollywood'.
Apa yang penting, kejayaan Slumdog Millionaire pada Oscar kali ini telah merasmikan runtuhnya benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.
Bollywood yang sebelum ini sukar untuk diterima di Hollywood kini bukan sahaja berpeluang memasuki pintu Hollywood yang sudah terbuka luas, tetapi lebih bermakna apabila diberi masuk dengan penuh penghormatan.
Semuanya gara-gara kemenangan besar Slumdog Millionaire menjadi filem paling banyak menggondol Oscar pada majlis Anugerah Academy kali ini.

Keupayaan Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah daripada 10 pencalonan yang diraihnya termasuk Anugerah Filem Terbaik bukan sekadar menjadi kemenangan buat penerbit filem itu, Fox Searchlight dan juga Boyle yang turut menang Anugerah Pengarah Terbaik.


Ini kerana naskhah filem itu tidak akan lahir tanpa suntikan kreativiti anak-anak kelahiran India yang turut meraih pengiktirafan pada Oscar.
Melakar sejarah India di Hollywood dengan meraih Oscar kali ini ialah pemuzik unggul India, A.R. Rahman yang bukan sahaja menjadi warga India pertama meraih dua Oscar tetapi menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan dalam Anugerah Academy.


Dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Skor Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.
Dalam sejarah 81 tahun Oscar, hanya dua warga India merangkul anugerah iaitu Bhanu Athaiya yang memenangi Anugerah Kostum Terbaik menerusi filem Gandhi (1982) dan anugerah kehormat yang diberikan kepada penerbit filem legenda India, Satyajit Ray pada 1991.


Rahman, 43, yang pernah diberi jolokan 'Mozart Madras' ketika membuat ucapan kemenangannya di pentas Academy ke-81 berkata: "Saya berasa terkejut dan seronok dalam masa yang sama. Kali terakhir saya berasa seperti ini adalah ketika majlis perkahwinan saya."


Menurutnya lagi, Slumdog Millionaire adalah filem mengenai optimistik dan kuasa harapan. "Dalam seluruh kehidupan saya, saya telah membuat pilihan antara benci dan cinta. Saya telah memilih cinta dan (sebab itu) saya di sini (Oscar 2009)," ucapnya penuh bermakna.


Kemenangan Rahman itu sebenarnya sudah diramalkan sejak awal oleh keluarganya di India. "Keluarga saya begitu gembira kerana mereka dari awal lagi menjangkakan Rahman akan menang lebih daripada satu Oscar.
"Justeru, ia (kemenangan dua Oscar) merupakan kegembiraan berganda. Terima kasih kepada semua yang berdoa untuknya di India," ujar adik perempuan Rahman, Fatimah Rafiq.


Namun, Rahman bukan satu-satunya rakyat India yang menang Oscar kali ini apabila Resul Pookutty turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Adunan Bunyi Terbaik.
"(Kemenangan) ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Kami semua tidak sangka sama sekali.
"Terima kasih Academy, ini bukan sekadar anugerah untuk adunan bunyi filem. Ini adalah suatu sejarah yang diberikan kepada saya," ujar Resul

Feb 21, 2009

Aksi twins...

::Bismillah::

ini adalah antara aksi tWins yg makin lasak lepas baik dr demam ok! lasak mengalahkan budal lelaki...

sile buat dialog sendiri ketika tgk gmbr2 ini.. hehe.. iBu tgh mls nk menaip (sbnrnye nk cepat, sbb nk kene masak lunch ni.. hehe...)

mane plak nasuha...

*

*

*

*

*

*

ooo.. main dgn tiger rupenye....



Feb 6, 2009

super IBU....

::Bismillah::

ni kisah ari rabu lepas (4 feb 2009)....

iBu telah menjadi SUPERMOMMY for a day!.. hehe... tepuk tgn utk diri sendiri!...
this is d story... pagi, seperti biasa lepas solat subuh, siapkan baju2 n beg utk twins ke nursery, lepas say bye to aYah n tWins, iBu basuh baju (actually mesin yg basuhkan) smbil tu mandi n siap2 (bukan nk pi keje) tp utk bawak naSuha pi monthly check up.. da siap2 semua, lebih kurang kul 830 a.m. bertolak la iBu n naSuha ke klinik (naSuha dok dlm car seat yg diimport dr kereta aYah dan letak dlm kereta iBu, so, masa antar ke nursery pg tu, ayah letak daYini dlm car seat n daYana jadik co-pilot sblh aYah, sbb kami x beli car seat baru utk naSuha.. hehe)...

sambung cerita, da siap semua sesi menimbang (6.9kg sudah berat naSuha), checkup n inject, kami pun bertolak pulang ke rumah tOk aBah lbh kurang kul 10.30, pastu BF naSuha, then lepas naSuha tido, iBu pun berangkat ke bank, time tu lebih kurang kul 11pg... memula pi ke CIMB utk bank in kan duit2 my gulz ke SSPN (duit raya tahun lps utk tWins n duit sedekah dr org2 utk naSuha) tWins da mmg ade akaun, cume naSuha je yg buat baru... sib baik org x ramai, lebih kurang kul 1130, siap semua process.. fast n easy!... then, next check point is Tabung Haji (TH), iBu pi TH utk update my buku (haha.. bukannye bnyk mane pun.. sibuk je nk update) plus utk bukak a/c naSuha... kat TH pun x amik masa sgt... around 12 p.m. da siap.. fuh lega... konon2 ingat nak la window shopping utk my new 'project'... but time is flying, i need to reach home around 1 p.m, so that i can hv my lunch kt umah tOk aBah (hehe... rembat whatever yg tOk mAma masak) so, jln2 je kt kedai kt bdr baru ampang tu... l

epas lunch, BF naSuha, n solat zohor, around 245 p.m, ibu terus pi nursery tWins utk fetch them utk bwk pi checkup gak (actually, tarikh ckeck up naSuha n tWins berbeza, tp iBu saje je tukar bg same sbb senang amik leave for the whole day terus.. hehe) iBU terpaksa ajak makCu eKa utk tolong iBu handle tWins (iBu surrender utk bwk tWins by my own self, sbb mesti susah nk drive n nk kejar diorg time kt klinik tu... hehe).. settle semua dlm pukul 4 ptg... huhu.... penatnye... ops, belum habis lagi... around 430pm, ajak makCu eKa n acikAdam utk tlg iBu bwk tWins n naSuha balik ke rumah kami, then diorg terus balik umah tOk aBah.. tinggalla iBu n anak2 iBu, lebih kurang kul 5 diorg tido smpai la kul 630 ptg.. aman skit.... smpt la ibu sidai baju yg br basuh pg tu n lipat kain2 yg da kering.. lbh kurang kul 7 lebih, aYah pun balik dgn membawa mknan.. yahoooo!... iBu x sempat masak, tu yg suruh aYah tapau nasi bungkus dr luar je.. hehe..

sekian sahaja kisah seorg iBu dgn 3 org puterinya.. hehe... hari2 lain (isnin-jumaat), iBu sibuk keje dr 9pg-6ptg!

Feb 2, 2009

again... no time!

::BismillaH::

oh.. nampaknye, iBu masih x blh nk meneruskan hasrat utk keep update this blog atas sbb2 yg x dpt dielakkan.... 1st, of coz i'm so bz during office time, 2nd bile balik umah plak, bz handling my powerpuff gurl n melayan kerenah tiga3 smpai masing2 tertido, then iBu pun tertido sekali... around 9-10 pm, aYah smpai umah, iBu terjaga utk dinner plus solat isyak, pastu sblum pukul 11 da tido.... weekend pulak... bz layan karenah2 tiga2 sang puteri PLUS basuh baju yg berbakul2 PLUS masak utk b/fast, lunch n dinner PLUS kemas rumah yg bersepah2 sbb on weekdays mmg x sempat langsung nk kemas rumah PLUS kemas dapur lagi... uwaaaa.... just imagine n tell me, when was my time for my self??? kelmarin, on saturday mmg hari tragis utk naSuha apabila telah tercampak dr baby rocker sbb daYini telah merajinkan diri konon2 menolak rocker tu mcm tolak stroller, apalagi, tersembam la naSuha ke lantai, sib baik atas carpet, meraung naSuha sbb ibu time tu kt dapur nk msk utk lunch, aYah plak kerja, so, x de sape nk monitor, every each minute i will jengok depa bertiga kt hall, baru je tgk nasuha nyenyak tido dlm rocker tu, baru masuk dapur balik, da dgr naSuha meraung.. geram betul iBu... memang menguji kesabaran sungguh... gggrrrr.....!!!!!