advert

Oct 29, 2013

goodies bag for my girls' birthday

::Bismillah::

pada 5 april 2013 yg lepas, genap la 6 tahun anak dara kembar sy, DAYINI & DAYANA.. hamper sebaya dengan usia blog sy ini sbb sy memulakan blog ini pada dec 2007.. time tu my twins dlm 8 bulan... ini entry pertama sy..

berbalik kepada topic.. sempena ulang tahun kelahiran my twins, seperti biasa, mcm thn lepas jugak, sy ada buat goodies utk diberikan kepada kawan2 di tadika..

utk tahun ni, sy dpt idea utk menggunakan brown paper bag utk buat goodie bags.. so, sy buat sendiri sticker utk di stick pd goodies bag tersebut..

ada 2 pilihan sticker yg sy design sendiri.. yang ini..


dan yang ini...

 
 
setelah diperkenankan oleh big boss a.k.a en. ayah a.k.a my love.. maka the 2nd one adalah pilihan.. selepas proses printing oleh printer sendiri, potong pun guna gunting je... maka hasilnya adalah.. taraaa....

 
ok, itu cerita pasal goodies bag for my twins... utk nasuha pula, semalam 28 oct 2013, genaplah nasuha 5 tahun.. setahun 1/2 jarak antara my twins n nasuha... mcm kakak2 dia, juga, sy merancang untuk membuat sticker & beli brown paper bag utk goodies utk diberikan kpd kawan2...
 
tp, kita hanya merancang, Allah yang tentukan... alkisahnya, sy dah pun siapkan design sticker utk nasuha... tinggal nk print shj.. ni la dia... dsbbkn nasuha ni addict sgt dgn minion & high5, so, sy letakkan gmbr minion & background high5...
 

sy plan nk guna sticker paper balance kakak2 dia hari tu, nk jd cerita, semasa sy keluar membeli brg2 utk goodies bag, sy carik brown paper bag itu di Tesco, x jumpa.. sy tahu sy blh dptkn di Hero, tp parking kt Hero pulak penuh, mmg mls la sy nk pusing 10x cari parking, sy pergi ke Aeon di Axis cempaka sbb sy nk pi DIY dlm Axis tu... di Aeon tu sy carik jugak brown paper bag, x de jugak, tp sy terjumpa benda ni..

ini 1st time sy jumpe benda ni, sy sgt curious sbb x tahu mcm mane bentuk dan rasa dia, cume sy faham dia lebih kurang mcm paper bag mcm sy nk tu, tp dia warna-warni & ada sticker sekali, harga pun hny rm4.89 utk sekotak yg mengandungi 30pcs.. dsbbkn sy da mls nak cari kt tempat lain, termasuk da mls nk pi Hero, sy terus grab 3 kotak sbb mmg tinggal 3 kotak shj di rak tersebut..

dlm kotak tu mengndungi ini..


dsbbknda siap ade sticker yg comel2 ini & sy juga da kesuntukan masa, sy hny menggunakan sticker yg sedia ada,. x print pun design sticker yg sy da design sebelum ni.. huhu...

inilah hasilnya selepas siap packing.. bab2 packing adalah bab yg paling digemari oleh anak3 dara sy, tanpa bantuan mereka, sy x dpt siapkan kerja dgn cepat.. hehe.. terima kasih anak3 ibu.. lg pun nk bagi kawan2 diorg jugak, tu yg semangat..

 
 
sgt colorfull kan? bkn anak3 je yg teruja, sy sendiri pun teruja jumpa packing baru ni... agaknya org yg da pernah jumpa mesti ckp sy jakun.. mmg pun, sbb sy 1st time jumpe.. hehe..
 
oh ya, utk tahun ni, sy x buat birthday dress utk ketiga-tiga mereka sbb kesuntukan waktu.. mereka semua pakai baju lama, tp sy hny tmbah accessories baru, diorg tetap juga teruja.. anak3 sy terima je apa yg sy buat pd mereka, agaknya kalau sy x buat goodies bag n x beli kek, mereka x tahu pun hari tu adalah hari jadi mereka.. haha... 
 
ok la, smpai sini dulu.. tata

Oct 28, 2013

tribal design for skirt & dress

::Bismillah::

recently bnyk corak tribal di pasaran.. ada blouse, skirt, dress & juga tudung..
sy suke dgn corak tribal ini sbb ianya colourfull &, kalau pakai skirt or tudung corak tribal tu, boleh match dgn bnyk color baju means boleh mix n match..

baru2 ni sy terjumpe beberapa kain bercorak tribal.. dan sy jadikan ianya tiered skirt for girls.. tiered skirt ni match dipakai dgn t-shirt pelbagai color, hitam, hijau, pink, oren, kuning dsb..


Code: Colorful Tribal Tiered Skirt
Material: English Cotton 

Size available:

S - labuh skirt: 12"
M - labuh skirt: 15"
L - labuh skirt: 18"
 
Price:
RM 25

selain dr skirt, corak tribal juga sgt sweet bila jadi dress..

Code: Colorful Tribal Tiered Skirt
Material: English Cotton 

Size available:

S - labuh dress: 17"
M - labuh dress: 21"
L - labuh dress: 25"
 
Price:
RM 39

*All prices are excluding postage
SMS: 012-6445675

 

Oct 24, 2013

pencil case utk 3 anak dara

::Bismillah::

mggu ni mggu exam di tadika 3 anak dara sy.. balik rumah ari selasa lepas, kakak dayini mengadu pencil case nya koyak dibahagian zip mcm ni, ye la kan da sumbat semua, sharpener pun besar, mane la x koyak.. huhu..


lgpun ibu belikan yg murah punye, x thn lame la.. hehe..


sbg pengganti, sbb dia pun nk exam lg keesokan harinya.. sy terus carik kain2 perca n buatkn dia pencil case ni.. tara....

blue pencil case.. inside pinky daisy
 
 
happy dia dpt pencil case baru..
bila da siap satu.. kakak dayana pulak mintak, sy buatkan jugak la utk dia yg ni...

pinky pencil case.. inside blue

bila kakak2 da ade, si adik nasuha pun nk jugak, w/pun pencil case dia elok lg.. dsbbkn ibu tgh mood rajin jahit.. so, ibu buatkan jugak yg ni....

green brown patch pencil case.. inside pink polka dots
so, dpt la 3 ank dara ni simple pencil case... disbbkn handmade, so, ibu kekalkan term 'unique' utk setiap item, x leh nk same sbb zip color lain2...

itu shj.. gud luck utk anak2 yg mengambil apa jua peperiksaan akhir tahun ...

Oct 17, 2013

Dayana & Acute Appendicitis

::Bismillah::

utk pengetahuan semua sy & dayana beraya haji di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.. suami pula beraya smbil berulang-alik pekan kuantan.. dayini & nasuha pula beraya dgn tok mak, tok ayah & yg lain2 di rumah tok mak...

al kisah..

14 oct 2013 (isnin)

10 pagi - 2 ptg, dayana mengadu sakit perut, sy ajak dia tidur dlm bilik.. kemudian sy tny lagi, sakit perut nk buang air besar ke. dia ckp, tak.. time ni sy expect dia kembung.. time ni jugak dia x nk join aktiviti dgn dayini, nasuha & cousins dia yg lain.. kalau x sebelum ni mereka semua syik berlari dan berkejaran, riuh dibuatnya

2ptg-5ptg, dayana start muntah 3-4 kali.. setiap kali sy beri mkn (sbb sy syak kembung) dia pasti muntah balik smpai nk angkat kepala pun da x larat.. smpai jd lembik dan pucat

5ptg, sy dan suami terus keluar mencari klinik yg berdekatan.. malangnya tiada satu pun yg buka.. smpailah kami ke hospital pekan..

suami: mcm mane ni? nk pi klinik ke hospital?
saya: kite tgk hospital dulu, kalau x de org, terus masuk hospital je
suami: ok jugak, sbb alang2 da lalu.. nk carik klinik lain kene masuk Bandar pekan, jauh skit lg..

kebetulan, org mmg x de, terus kami ke emergency.. selepas di periksa oleh MA di situ termasuklah ujian fizikal, semasa di rumah, badan dayana x panas pun (x demam), tiba di hospital, dia demam pula.. terus dayana di tahan di wad kecemasan, masuk air, check darah n check air kencing.. sbb ade dua kemungkinan, kencing kotor atau appendix sbb bila MA & doc tekan bhgn bwh kanan, dayana mengadu sakit di situ shj..

7 mlm, keputusan diterima.. tiada kencing kotor tetapi, abnormal pd kandungan darah putih (ada virus)

doc di hospital pekan ckp, kemungkinan Acute Appendicitis, sbb ade tiga symptom, sakit perut diikuti dgn muntah kemudian demam.. kandungan darah putih memberitahu yg terdapat jangkitan pd appendix yg menyebabkan radang appendix (Acute Appendicitis).. mereka akan refer dayana ke Hospital Kuantan utk pemeriksaan pakar..

ketika menunggu keputusan air kencing dan darah di wad kecemasan hospital pekan
8.30mlm, tiba di hospital kuantan.. doctor 1 masih x nk confirmkan Acute Appendicitis sbb nk tggu pakar,

9.30mlm, doctor 2 dtg check.. juga x nak confirmkn Acute Appendicitis, sbb dia ckp kadang2 budak2 mudah dijangkiti virus pd bhgn perut tersebut itupun sekiranya kanak2 tersebut batuk & selsema.. tp dalam kes dayana, dia tidak batuk dan tidak selsema langsung..

10.30mlm, doctor pakar dan doctor2 yg lain (ade la dlm 4-5 org doctor) tiba utk check dayana.. akhirnya keputusan diambil.. dayana perlu di operate utk membuang appendix akibat radang appendix (Acute Appendicitis)

perasaan sy ketika itu bercampur baur
1- rasa mcm nak marah & bangkang keputusan semua doctor2 yg ade time tu, ckp anak sy hny sakit perut biasa
2- rasa sedih sbb terkenangkan dayana yg hny berumur 6 thn akan dibedah
3- rasa mcm x de rasa ape2 dah...

dengan rasa yg no3 tu, sy sign borang persetujuan utk pembedahan..

11.30mlm dayana dibw ke bilik bedah.. sy hny beri dia semangat utk melawan segala jenis sakit.. yg penting sy ckp dengan dia selalu sebut Allah dlm hati dan ingat ibu & ayah syg sgt dgn nana..

di wad surgical pead 5A.. sebelum operation


15 oct 2013 (selasa)

1.00pg, dayana selamat dibedah..

8.00 pagi.. selepas pembedahan

16 oct 2013 (rabu)

10.30pg, discharge dan pulang kerumah tok mak di pekan..

9.30 mlm bertolak pulang dr pekan ke kuala lumpur

apa yg ingin sy kongsikan di sini ialah, setiap yg berlaku, adalah jalan yang terbaik Allah berikan kepada kita.. contoh, semasa sy dan suami buat decision samada membawa dayana ke klinik or hospital... apa yg berlaku sekiranya kami ke klinik? mungkin doc hny kata sakit perut biasa atau kencing kotor.. jadi, petunjuk Allah telah membawa sy dan suami utk menghantar dayana terus ke Hospital Pekan..

kisah lain ttg beza pendapat klinik biasa dan hospital ttg sakit perut http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2010/01/appendix.html

maklumat lanjut ttg acute appendicitis
http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/appendicitis.html
http://mycolumbiaasia.blogspot.com/2011/02/penyakit-apendiks-akut-acute.html

peringatan kepada ibubapa yg lain termasuk diri sy dan suami.. sekiranya anak mengalami sakit perut, diikuti dgn muntah dan demam.. terus bawa anak ke hospital utk pemeriksaan lanjut.. kerana Kanak-kanak akan lebih cenderung mengalami apendiks yang pecah daripada orang dewasa.  Disebabkan kanak-kanak tidak selalunya menghidap simptom-simptom biasa apendisitis, ibubapa mungkin akan lengah untuk mendapatkan rawatan.  Atas sebab itu, adalah dinasihatkan agar ibubapa tidak mengambil sikap acuh tak acuh jika anda atau mana-mana anggota keluarga mengalami kesakitan di bahagian abdomen.  Walaupun jika anda mengesyaki ‘sakit perut’ itu tidak serius, sila hubungi doktor anda untuk memastikannya. sumber

p/s: aidil adha thn ini merupakan hari yg paling bermakna buat sy dan suami kerana kami berdua sgt2 merasai nikmat pengorbanan itu.. terima kasih kepada semua DOCTOR, MA, NURSE, STAFF Hospital Pekan dan Hospital Kuantan.. terima kasih juga kepada tok mak, tok ayah, biras 1 elisa, biras 2 kak eja, abg2 ipar & adik2 ipar terutama izah kerana menjaga nasuha dan dayini semasa sy di hospital dan suami sibuk berulang alik pekan-kuantan.. terima kasih juga kepada tok ma, tok abah dan adik2 saya terutama eka kerana sudi menyediakan tempat dan menjaga dayana sepanjang sy dan suami bekerja...

Oct 14, 2013

pemakanan sunnah...

::Bismillah::

esok, seluruh ummat islam menyambut aidiladha dan lebih dikenali dgn hari raya korban.. seperti yg semua maklum, pengorbanan bukan bermaksud korban harta sahaja tp juga setiap pengorbanan yang kita lakukan di jalan Allah.. insyaallah, jika setiap yg kita lakukan itu niatnya kerana Allah, pengorbanan itu tidak akan sia2..

kalau cerita pasal hari raya korban, sudah pasti terbayang2 kambing, lembu, kerbau tumbang dan mcm2 hidangan berasakan daging akan dimasak sehinggalah daging2 korban ini habis.. bila cerita pasal daging, terbayang pula kita dengan lemak dan kolestrol yang tinggi yang terdapat dalam daging, oleh itu penghidap darah tinggi pasti terpaksa mengawal pengambilan daging .. org2 yg bukan menghidap pun pasti risau dengan akibat jika overdose daging..

itu adalah set induksi utk entry kali ini. apa kaitan daging  dgn tajuk entry ni?? setiap dari kita mesti ade consume vitamin atau makanan tambahan spt vitamin C, B-complex, EPO, Collagen, Shaklee dan sebagainya.. mmg mcm2 la produk makanan tambahan sekarang ni.. semuanya kerana pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubat".. apa pun yg kita makan dan amalkan yg penting pemakanan kita setiap hari hendaklah lebih kepada beserdahana..

untuk pengetahuan semua, sy dan suami bukanlah pemakan makanan tambahan yang tegar, means kami x de mengamalkan apa2 makanan tambahan, begitu juga dengan anak2, kami jrg beri anak2 mkanan tambahan.. bukan sebab rasa diri terlalu sihat.. tp setakat ni Alhamdulillah, kami sekeluarga belum lagi (insyaallah, tidak akan) diserang penyakit2 kronik.. setakat demam dan selsema itu biasalah, itu pun jarang.. kami hanya mengamalkan makanan secara sederhana yang penting berkhasiat dan mengamalkan minum air yg dimasak dan tidak minum air sejuk (rumah kami tidak ada simpanan air sejuk di peti) dan kami sgt jrg minum air manis.. hanya ketika tetamu bertandang shj kami akan hidangkan air manis... itu cara kami.. lain org lain pula caranya, bak kata pepatah "lain dulang lain kaki, lain org lain hati"

bila usia sy dan suami menjejak ke 30an ni.. terbit pula niat utk mengamalkan pemakanan sunnah yg mempunyai 1001 khasiat yg kita tidak terfikir..



Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 
 
boleh juga google khasiat minyak zaitun ye..

jadi, atas nasihat biras sy dimana dia dan abg ipar sy mengamalkan olive oil extra virgin setiap pagi, sy dan suami juga mencuba.. tp sy tidak tahan dengan rasanya, tidaklah smpai menyebabkan rasa muntah, tp perit jugak la.. hehe.. jd sy pun cariklah kapsul minyak zaitun utk diamalkan.. akhirnya sy jumpalah produk minsyam ini.. disebabkan sahabat dpli sy yg menjualnya, maka urusan pembelian dimudahkan..

untuk melengkapkan lagi minyak zaitun ni, sy mkn juga dgn satu lg pemakanan sunnah iaitu habbatuss sauda' atau lebih dikenali sbg jintan hitam.. habbatussauda' merupakan penawar segala penyakit kecuali mati.. yg penting mesti yakin dengan apa yang diamalkan dan niatkan untuk penyembuhan penyakit yang dialami kerana setiap penyakit itu dtgnya dari Allah, dan kembalinya juga kepada Allah.. jadi niat kita juga hendaklah kerana Allah...


adik ipar sy juga ada mengamalkan kapsul serbuk habbatussauda yg ini..


dan hasilnya juga tidak mengecewakan.. membuang toksin dalam badan dan melawaskan.. perut juga menjadi ringan..

utk khasiat habbatussauda', blh carik juga di google ye..

utk pengetahuan semua, kapsul serbuk dan minyak habbatussauda' ini, kedua2nya mempunyai khasiat yg sama, tidak ada beza..

jadi di hari raya korban ni, bila da bnyk2 mkn daging tu, blh la diamalkan pemakanan sunnah ini untuk menstabilkan kolestrol dlm bdn kita.. insyaallah...

sy bukan penjual produk2 tersebut.. kalau berminat dgn produk minsyam bolehlah tgk di facebook ini... dan utk kapsul serbuk habbatussauda', blh ke website ini

Oct 9, 2013

Handmade bracelet activity with girls

::Bismillah::

Hujung minggu yg lepas, aktiviti kami membawa anak2 dengan ibubapa mertua saya berjalan2... dlm jalan2 tu, sy singgah masuk ke satu kedai kraf, hajat hati nk beli brg2 jahit utk next projek.. masa cuci mata dlm kedai kraf tu, sy ternampak set ni..


salah satu new projek sy ialah girls bracelet.. utk projek ni, bukan sy yg buat, sy nk beri anak2 sy yg take over.. so, sy carik wooden beads.. niat asal nk beli loose pack bnyk2 jenis.. tp jumpe pulak set yg mcm kt atas tu, terus grab 2 set sbb set tu da campur mcm jenis wooden beads yg kiut2 sekali dgn tali utk bracelet sekali...

x sempat smpai rumah, kt food court jugak anak2 sy mengerjakan 1 set.. haha... dan hasilnya...


bergaya dgn bracelet masing2 ye..



sekali da buat.. everyday they request utk buat lg.. tp, utk ibu2 yg mane ade baby dirumah, x digalakkan utk aktiviti ini kerana part yg kecil2 tu dikhuatiri ditelan oleh baby2 yg x paham ape2 tu.. so be careful k..

 

Oct 2, 2013

Bila anak2 nk exam...

::Bismillah::

hari ini bermulalah hari pertama anak2 tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR 2013.. semoga anak2 ini semua berjaya menjawab dengan baik dan tenang insyaallah...

sabagai ibu bapa sudah tentu kita mengharapkan yang terbaik dari anak2 kita.. begitu juga dengan guru, setiap guru mengaharap agar ilmu yang di ajar bukan shj berguna utk cemerlang dlm peperiksaan tetapi juga untuk diaplikasikan didalam kehidupan seharian..

kalau nk sebut tips utk anak2 menghadapi peperiksaan, rasanya setiap ibu bapa da tahu peranan masing2.. cuma sy nak pesan kpd semua ibu bapa dan diri sy sendiri, bila anak nk menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, di saat2 akhir ini hendaklah sentiasa menasihati anak2 utk:

1) BERSEDIA - ready dr segi fizikal dan mental... fizikal tu means bersarapan sebelum masuk dewan peperiksaan. jgn terlalu gugup sehingga anak tu lupank mkn.. bersedia dr segi mental pula bermaksud, kite kene sentiasa remind anak2 agar tidak stress, mereka sudah cukup tertekan sms mengulangkaji, jgn bila mereka keluar dr rumah, kita tambahkan lg tekanan mereka dgn menyatakan harapan kita yg menggunung.. biar mereka keluar dari rumah dgn hati yg tenang..
sy pernah berjumpa dengan seorg pelajar yg terlalu gugup utk menghadapi kertas add math spm pd ketika itu sehingga dia tidak boleh masuk ke dalam dewan peperiksaan dan baju sekolahnya juga lencun dengan peluh, kesian betul.. akhirnya pelajar itu terpaksa menjawab di bilik yang berasingan..

2) BERUSAHA - berusaha ni maksudnya bukan sebelum asuk dewan pun masuk baca dan hafal formula tetapi.. nasihatkan anak supaya berusaha menjawab sebaik mungkin dan sehingga detik yang terakhir.. jgn sekali jawab je terus tidur, x semak jawapan dan sebagainya..

3) BERDOA - bukan ibu bapa shj yg berdoa, anak juga hendaklah berdoa utk kebaikan mereka sendiri..

4) TAWAKKAL - bermaksud anak2 hendaklah berserah pada Allah.. jgn keluar dewan je terus nk tny kwn2 ttg jawapan akibatnya anak akan frust bila dpt tahu jwpn yg dia jwb tu salah, kesannya dia akan tidak fokus utk kertas yang seterusnya..

ini pandangan saya yang x seberapa.. kalau ada yg nk tambah bolehlah isi di ruangan komen ye..

ph ya, utk pengetahuan semua.. thn ini merupakan thn terakhir PMR diadakan dlm format lama.. thn hadapan akan diadakan peperiksaan berpusat dengan menggunakan format baru dimana pelajar2 batch pertama PBS akan melangkah ke tingakatan 3 thn hadapan.. bukan bermaksud anak2 ini tidak ade peperiksaan dari lembaga peperiksaan.. masih ada, cuma format dan nama yg berbeza..

untuk maklumat lanjut kita akan tggu pengumuman dari kementerian ok!

yg ni pulak fish fillet warp.. sesuai utk sarapan anak2 yg ambil exam.. ibu bapa yg nk pi keje pun blh sarapan sekali sbb mmg mengenyangkan.. hehe


oleh itu, pesan cikgu...
 





Oct 1, 2013

Raya 2013: Punjab style kurung

::Bismillah::

Baju ke2 selepas peplum yang sy buat utk anak3 dara sy untuk dipakai raya 2013 ialah baju kurung Punjab style... patern baju kurung moden, tp belah di tepi kiri dan kanan baju.. disuaipadankan dengan legging yang dibeli siap di jusco dgn harga rm19 shj sehelai..


spt yg sy ceritakan di entry yg lepas, sy buat baju mereka utk sy ini kebnykn mix n match.. so salah satu yg sy buat mix n match ialah kain peplum tersebut menjadi kain kepada baju kurung diatas, spt gmbr dibwh.. mcm tu jugak dengan peplum itu yg sy matchkan dgn legging di atas (tiada gmbar).. kebetulan pulak warna masuk, so belasah aje..

muke seposen pagi2 nk pi sek.. time ni ade majlis smbutan raya kt sek mereka..

selingan... gmbar memori sms anak2 masih kecil.. twins 2yr ++.. nasuha baru 10 bulan (sekitar 2009).. sekejap je masa berlalu.. bile ye nk tmbah anggota family ni?? hehehe.. ;)


Sep 30, 2013

KBAT vs KEBAB

::Bismillah::

dalam dunia pendidikan, istilah KBAT sgt popular.. KBAT ialah singkatan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dikenali juga sbg HOTS (High Oerder-Thinking).. 

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi. sumber
maklumat ini sekadar perkongsian ilmu yg tidak seberapa utk diri saya dan juga semua ibu bapa di luar sana.. sek di malaysia semuanya mengaplikasikan KBAT dlm setiap PdP dan juga penyediaan soalan memandangkan pelajar2 kini merupakan generasi Y yg kreatif dan kritis.. utk menajamkan lagi pemikiran mereka ini, KBAT sentiasa di aplikasikan oleh guru-guru...

semasa sy pergi kursus Pembangunan Profesionalime Berterusan (CPD) di melaka pada minggu lepas, dlm salah satu slot , fasilitator (terdiri daripada pensyarah2 IPG kampus Bahasa Melayu) bertanya "apakah yang dimaksudkan dgn KBAT, beri maksud dengan ayat sendiri".. salah seorang dari ahli kumpulan kami membuat lawak (sbb x nk sesi soaljwb terlalu serius), "lwn KBAT ialah KBAB" ayat dia sbg intro, kemudian dia meneruskan menjawab dgn jawapan yg logik dan  mudah difahami iaitu "KBAT = pemikiran luar dari kotak"

semasa sy membuat dinner mlm jumaat yg lepas, peristiwa semasa CPD itu menjadi flashback sehingga sy tersenyum sendirian, kenapa? kerana sy telah menyediakan KEBAB sbg hidangan dinner kami... hehe

bbq kebab + homemade sos tartar
punyalah panjang set induksi.. hehe.. ape yg penting pengisian ilmu utk kita semua dlm menangani anak2 di zaman serba moden ini... kreativiti anak2 kita juga hendaklah dikawal agar mereka bijak menggunakan kreativiti itu dijalan yang sepatutnya bukan menggunakannya dgn cara yg salah... yg penting, USAHA, DOA & TAWAKKAL merupakan senjata utama kita sbg ibu bapa... insyaallah...

p/s: utk pengetahuan semua, semua post sy buat sepanjang sy buat comeback di 2013 ini adalah di schedule with specific date n time.. maksudnya sy skrg bukan online sy buat 2-3 post serentak dan sy setkan post2 tersebut utk muncul setiap hari. kenapa? kerana sy mmg x ade masa utk update blog setiap hari.. jadi sy telah menggunakan teknik KBAT dlm menguruskan blog sy agar tidak bersawang.. hehe.. terima kasih kepada pencipta blog yg mencipta 'schedule' pd setting setiap post...

Sep 27, 2013

kisah tentang SKIRT...

::Bismillah::


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
berdasarkan hadith di atas, sy percaya, Allah telah memilih sy & suami merupakan salah seorg diantara ibu bapa di dunia ini yg memiliki anak perempuan..

ape pulak kaitan diantara anak perempuan dan skirt? anak perempuan dan skirt mmg tidak dapat dipisahkan.. skirt yg sy maksudkan disini bukan skirt pendek2 atau ketat yg tidak menepati syariah ye.. sbg umat Islam, sy bertanggung jwb utk mendidik anak3 dr segi etika berpakaian sejak mereka kecil lagi.. bukan bermaksud mereka perlu menutup aurat setiap masa, sedangkan mereka belum lagi wajib utk menutup aurat.. tetapi pakaian mereka mestilah sweet, sopan dan sesuai utk kanak2 seusia, lg pula anak3 sy especially twins, mereka ini bersaiz darjah 2 walaupun br berusia 6thn, sbb kaki panjang (nasuha kecil molek pula).. huhu.. jadi x manis pula kalau pakai pendek2 dan terlalu terdedah...

smbung cerita pasal skirt, sy sebenarnya, suka pakaikan anak3 dara sy dengan skirt sbb airy & mudah buang air bila berada di luar... lg pun, anak3 sy naturally x suka pakai jeans.. haha, mcm mane tu? sy pun x tahu, suddenly diorg ckp dgn sy diorg x nk pakai jeans, tp dsbbkan utk raya th lepas diorg ade 2 psg jeans yg br 2-3 kali pakai, utk raya thn ni, mereka masih blh guna, itu pun sekali je, sbb sy yg paksa.. haha... so kesimpulannya, sy mmg x beli seluar jeans utk mereka thn ni...

oleh sbb itu, sy buatkn mereka skirt byk2 yg blh mereka suaipadankan dgn t-shirt2 yg ada...
utk raya 2013, sy buatkan mereka tiered skirt (sy suka pattern skirt ni sbb comel & kembang)..

 


ni skirt yg sy buat thn lepas, kalau x silap la.. x ingat.. hehe


blh jugak tgk koleksi2 skirt disini..