advert

Oct 2, 2013

Bila anak2 nk exam...

::Bismillah::

hari ini bermulalah hari pertama anak2 tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR 2013.. semoga anak2 ini semua berjaya menjawab dengan baik dan tenang insyaallah...

sabagai ibu bapa sudah tentu kita mengharapkan yang terbaik dari anak2 kita.. begitu juga dengan guru, setiap guru mengaharap agar ilmu yang di ajar bukan shj berguna utk cemerlang dlm peperiksaan tetapi juga untuk diaplikasikan didalam kehidupan seharian..

kalau nk sebut tips utk anak2 menghadapi peperiksaan, rasanya setiap ibu bapa da tahu peranan masing2.. cuma sy nak pesan kpd semua ibu bapa dan diri sy sendiri, bila anak nk menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, di saat2 akhir ini hendaklah sentiasa menasihati anak2 utk:

1) BERSEDIA - ready dr segi fizikal dan mental... fizikal tu means bersarapan sebelum masuk dewan peperiksaan. jgn terlalu gugup sehingga anak tu lupank mkn.. bersedia dr segi mental pula bermaksud, kite kene sentiasa remind anak2 agar tidak stress, mereka sudah cukup tertekan sms mengulangkaji, jgn bila mereka keluar dr rumah, kita tambahkan lg tekanan mereka dgn menyatakan harapan kita yg menggunung.. biar mereka keluar dari rumah dgn hati yg tenang..
sy pernah berjumpa dengan seorg pelajar yg terlalu gugup utk menghadapi kertas add math spm pd ketika itu sehingga dia tidak boleh masuk ke dalam dewan peperiksaan dan baju sekolahnya juga lencun dengan peluh, kesian betul.. akhirnya pelajar itu terpaksa menjawab di bilik yang berasingan..

2) BERUSAHA - berusaha ni maksudnya bukan sebelum asuk dewan pun masuk baca dan hafal formula tetapi.. nasihatkan anak supaya berusaha menjawab sebaik mungkin dan sehingga detik yang terakhir.. jgn sekali jawab je terus tidur, x semak jawapan dan sebagainya..

3) BERDOA - bukan ibu bapa shj yg berdoa, anak juga hendaklah berdoa utk kebaikan mereka sendiri..

4) TAWAKKAL - bermaksud anak2 hendaklah berserah pada Allah.. jgn keluar dewan je terus nk tny kwn2 ttg jawapan akibatnya anak akan frust bila dpt tahu jwpn yg dia jwb tu salah, kesannya dia akan tidak fokus utk kertas yang seterusnya..

ini pandangan saya yang x seberapa.. kalau ada yg nk tambah bolehlah isi di ruangan komen ye..

ph ya, utk pengetahuan semua.. thn ini merupakan thn terakhir PMR diadakan dlm format lama.. thn hadapan akan diadakan peperiksaan berpusat dengan menggunakan format baru dimana pelajar2 batch pertama PBS akan melangkah ke tingakatan 3 thn hadapan.. bukan bermaksud anak2 ini tidak ade peperiksaan dari lembaga peperiksaan.. masih ada, cuma format dan nama yg berbeza..

untuk maklumat lanjut kita akan tggu pengumuman dari kementerian ok!

yg ni pulak fish fillet warp.. sesuai utk sarapan anak2 yg ambil exam.. ibu bapa yg nk pi keje pun blh sarapan sekali sbb mmg mengenyangkan.. hehe


oleh itu, pesan cikgu...
 





No comments:

Post a Comment

just leave your comment here.. jgn malu2 k! i luv comments!